Seksyen 21
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 21
Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikah-kan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2)
Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkah-winan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan—
(a)
nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
(b)
nilai dan butir-butir lain pemberian;
(c)
nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang di-janjikan untuk penjelasan; dan
(d)
butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelas-kan mas kahwin atau pemberian.
[Bah. Il, S. 22-23]