Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian X · Organisasi Kawal Selia Sendiri

157. Kaedah-kaedah organisasi kawal selia sendiri

Feedback & support
(1)

Sesuatu organisasi kawal selia sendiri boleh membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga atau apa-apa undang-undang lain yang terpakai, berkenaan dengan perkara yang baginya organisasi kawal selia sendiri itu mempunyai fungsi pengawalseliaan atau penyeliaan, termasuklah fungsi yang diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

(2)

Kaedah-kaedah yang dibuat oleh sesuatu organisasi kawal selia sendiri di bawah subseksyen (1), dan pindaan kepadanya, tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diluluskan oleh

Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah dikira telah memberikan kelulusan bagi maksud subseksyen (1) jika Lembaga tidak membantah terhadap kaedah-kaedah itu atau pindaan kepadanya dalam tempoh satu bulan selepas kaedah-kaedah atau pindaan itu dikemukakan kepada

Lembaga untuk kelulusan.

(4)

Kaedah-kaedah sesuatu organisasi kawal selia sendiri boleh membuat peruntukan mengenai pemegangan syer dan hak mengundi dalam organisasi kawal selia sendiri itu demi kepentingan anggota organisasi kawal selia sendiri, pengguna, pelabur dan pengguna perkhidmatan mereka.

Report

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules