Skip to content

Seksyen 133

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 133 of 202

Seksyen 133

(1)

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hari perniagaan” ertinya suatu hari yang dalam mana-mana bahagiannya kemudahan bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini disediakan kepada ejen perdagangan bagi maksud perdagangan atau yang mungkin disediakan jika tidak kerana penggantungan perdagangan yang diperintahkan oleh Lembaga di bawah seksyen 143;

“jawatankuasa” ertinya orang yang bertanggungjawab bagi semua perkara yang berhubungan dengan penyenaraian, pelesenan, perdagangan dan perkara lain yang berhubungan dengan pasaran sekuriti;

“bursa” termasuklah suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan sebagai bursa sekuriti di bawah seksyen 134 dan Bursa Kewangan

Antarabangsa Labuan yang ditubuhkan oleh Menteri di bawah seksyen 30 *Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998

[Akta 579] yang diluluskan dan diiktiraf sebaik sebelum tarikh kuat kuasa;

“penganjur penyenaraian” ertinya orang yang dilesenkan oleh bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini, menurut kaedah-kaedahnya untuk menjalankan fungsi sebagai penganjur penyenaraian;

“setiausaha” ertinya setiausaha pada masa itu bagi bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini dan termasuklah seseorang pemangku atau penolong setiausaha;

*CATATAN—Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 [Akta 579] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2010—lihat seksyen 201 Akta 704.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 151

“pasaran sekuriti” ertinya suatu pasaran saham atau suatu tempat di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya—

(a)

tawaran untuk menjual, membeli atau bertukar sekuriti dibuat atau diterima secara berkala;

(b)

tawaran atau pelawaan yang dimaksudkan, atau yang mungkin dengan munasabahnya dijangkakan, akan menghasilkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pembuatan atau penerimaan tawaran untuk menjual, membeli atau menukar sekuriti, lazimnya dibuat; atau

(c)

maklumat mengenai harga yang dengannya atau balasan yang baginya orang atau kelas orang tertentu bercadang untuk menjual, membeli atau bertukar, atau mungkin dengan munasabah dijangkakan akan menjual, membeli atau bertukar, sekuriti lazimnya diberikan;

“ejen perdagangan“ ertinya orang yang dilesenkan dan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan berurus niaga sekuriti menurut kaedah-kaedah bursa yang ditubuhkan menurut Bahagian ini.

Penubuhan bursa