Seksyen 166
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Seksyen 166
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan bagi lesen atau pendaftaran atau untuk membatalkan sesuatu lesen atau pendaftaran di bawah
Akta ini, boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Lembaga secara bertulis.
(2)
Lembaga hendaklah, selepas menimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), membuat keputusan muktamad dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keputusannya.
(3)
Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (2) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis yang boleh mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan itu, dan keputusan Menteri hendaklah muktamad.
(4)
Bagi mengelakkan keraguan, pembawaan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1) dan (3), tidak menggantung keputusan yang dirayukan itu.