Skip to content
In forceAmendedUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

Feedback & supportLicensing and rules for financial services and securities in Labuan

Bahagian I

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktuari” ertinya seseorang yang merupakan Fellow mana-mana persatuan profesional yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau seseorang yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai seorang aktuari bagi maksud Akta ini, yang terdapat dalam senarai aktuari yang disenggarakan oleh Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 16

“amanah saham” ertinya apa-apa amanah yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan

Labuan atau undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, untuk mengadakan kemudahan bagi penyertaan orang sebagai benefisiari di bawah amanah itu dalam apa-apa keuntungan atau pendapatan yang berbangkit daripada perolehan, pegangan, pengurusan atau pelupusan mana-mana harta;

“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa kebangsaan Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32];

“bank Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan di bawah

Bahagian VI;

“bank pelaburan Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Labuan di bawah Bahagian VI;

“berkaitan”, berhubungan dengan sesuatu perbadanan, ertinya berkaitan dalam pengertian seksyen 4 Akta Syarikat Labuan 1990

[Akta 441];

“berurus niaga sekuriti” ertinya, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membuat atau menawarkan untuk membuat dengan mana-mana orang atau mendorong atau cuba untuk mendorong mana-mana orang untuk membuat atau menawarkan untuk membuat—

(a)

apa-apa perjanjian bagi, atau dengan tujuan untuk, memperoleh, melupuskan, memohon beli, atau mengunderait sekuriti; atau

(b)

apa-apa perjanjian yang maksudnya atau maksud diakuinya adalah untuk mendapatkan keuntungan bagi mana-mana pihak daripada hasil sekuriti atau dengan merujuk kepada turun naik nilai sekuriti;

“dana awam” ertinya dana bersama yang selain dana persendirian;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 17

“dana bersama” atau “dana” ertinya suatu syarikat Labuan, suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf, suatu perkongsian, suatu syarikat sel terlindung, suatu yayasan, atau suatu amanah saham yang—

(a)

mengutip dan mengumpul dana bagi maksud pelaburan bersama dengan matlamat mengagihkan risiko pelaburan;

dan

(b)

mengeluarkan kepentingan dalam dana bersama yang mengehakkan pemegang untuk menebus pelaburannya yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan menerima amaun yang dihitung dengan merujuk kepada nilai kepentingan ikut kadar dalam keseluruhan atau sebahagian aset bersih jenis entiti yang disebut terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk dana payung yang kepentingannya dalam dana bersama atau unit terbahagi kepada beberapa bilangan dana kelas berbeza atau dana kecil dan yang pesertanya berhak untuk menukar hak dalam satu bahagian kepada hak dalam bahagian yang lain;

“dana persendirian” ertinya dana bersama—

(a)

yang sekuritinya dipunyai atau dipegang oleh—

(i)

tidak lebih daripada lima puluh pelabur yang pelaburan pertama setiap pelabur itu tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain yang ditetapkan oleh

Lembaga atau yang sama banyak nilainya dalam mana-mana mata wang asing; atau

(ii)

apa-apa bilangan pelabur yang pelaburan pertama setiap pelabur itu tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain yang ditetapkan oleh Lembaga atau yang sama banyak nilainya dalam mata wang asing; atau

(b)

yang ditentukan sebagai suatu dana persendirian di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 18

“debentur” termasuklah saham, bon, nota debentur dan apa-apa keterangan keterhutangan yang lain sesuatu perbadanan bagi wang yang dipinjam, sama ada atau tidak saham, bon, nota debentur dan apa-apa keterangan keterhutangan yang lain itu merupakan suatu gadaian ke atas aset perbadanan itu, tetapi tidak boleh ditafsirkan sebagai terpakai bagi mana-mana yang berikut:

(a)

apa-apa surat cara yang mengesahkan atau mewujudkan keterhutangan bagi, atau bagi wang yang dipinjam untuk membayar balasan yang kena dibayar di bawah, suatu kontrak jualan atau pembekalan barangan, harta atau perkhidmatan atau apa-apa kontrak sewaan dalam perjalanan biasa perniagaan;

(b)

cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran lain atau surat kredit;

(c)

nota bank, jaminan atau polisi insurans;

(d)

penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;

(e)

apa-apa perjanjian untuk mendapatkan pinjaman jika pemberi pinjam dan peminjam ialah penandatangan perjanjian itu dan jika peminjaman wang itu adalah dalam perjalanan biasa perniagaan pemberi pinjam, dan apa-apa nota janji hutang yang dikeluarkan di bawah terma perjanjian sedemikian;

(f)

apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk yang ditetapkan oleh Lembaga;

“ditubuhkan”, berhubungan dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;

“dokumen konstituen” ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya seseorang ditubuhkan dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan kewajipan orang itu dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 19

“entiti berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti di bawah mana-mana Bahagian;

“institusi berlesen Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Labuan di bawah

Bahagian VI;

“juruaudit yang diluluskan” ertinya seseorang juruaudit yang diluluskan oleh Lembaga di bawah seksyen 10 Akta Syarikat

Labuan 1990;

“kaedah-kaedah”, berhubungan dengan sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX, ertinya kaedah-kaedah yang mengawal penjalanan bursa itu atau anggotanya;

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];

“lesen” ertinya lesen yang diberikan atau diperbaharui di bawah

Akta ini;

“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau luar jangka;

“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“mata wang asing” ertinya mana-mana mata wang selain ringgit;

“menentukan”, jika tiada cara disebut, ertinya menentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan;

Undang-Undang Malaysia 20

“menetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya menetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuk kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“negara atau bidang kuasa diiktiraf” ertinya negara atau bidang kuasa yang ditentukan oleh Lembaga;

“orang” termasuk suatu perbadanan, suatu perkongsian, sekumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan dan suatu perbadanan tunggal;

“orang yang mengawal”, berhubungan dengan seseorang pemohon bagi suatu lesen atau entiti berlesen di bawah Akta ini, ertinya seseorang yang—

(a)

berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada satu pertiga undi yang terikat dengan syer mengundi pada pemohon atau entiti berlesen itu;

(b)

mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan supaya dilantik, majoriti pengarah pemohon atau entiti berlesen itu; atau

(c)

mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran pemohon atau entiti berlesen itu, dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan;

“pakar” termasuklah mana-mana jurutera, akauntan, peguam cara, penilai, juruaudit atau mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberikan autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;

“pegawai”, berhubungan dengan suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

seseorang pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan itu termasuk pegawai prinsipal;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 21

(b)

seseorang penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan

(c)

seseorang pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela;

tetapi tidak termasuk—

(A)

seseorang penerima yang juga bukan seorang pengurus;

(B)

seseorang penerima dan pengurus yang dilantik oleh

Mahkamah; dan

(C)

seseorang pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;

“pegawai amanah” ertinya seseorang pegawai syarikat amanah

Labuan yang diluluskan dan ditentukan sebagai pegawai amanah oleh Lembaga;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);

“pegawai prinsipal”, berhubungan dengan suatu entiti berlesen, ertinya seseorang, tidak kira apa jua nama dipanggil, yang, bertanggungjawab, tertakluk pada autoriti pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran entiti berlesen itu;

“pejabat” termasuk tempat utama perniagaan, cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh masa terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;

“pemastautin” ertinya mana-mana orang yang—

(a)

berhubung dengan orang sebenar, merupakan seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan

Undang-Undang Malaysia 22

(b)

berhubung dengan mana-mana orang lain, merupakan seorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan sedang beroperasi, di Malaysia, dan termasuklah seorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

[Akta 17];

“pemegang lesen bank” ertinya suatu bank Labuan atau bank pelaburan Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VI;

“pemegang lesen bank Malaysia” ertinya suatu pemegang lesen bank yang merupakan pejabat atau subsidiari suatu bank

Malaysia;

“pemegang lesen insurans” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Bahagian VII;

“pengarah”, berhubungan dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;

“pengurus dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan perkhidmatan pengurusan sahaja atau bersekali dengan nasihat pelaburan atau perkhidmatan pentadbiran berkenaan dengan sekuriti bagi maksud pelaburan, termasuk berurus niaga sekuriti atau apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga;

“penjaga” ertinya orang yang dipertanggungkan oleh suatu dana bersama bagi penjagaan harta dana itu menurut perjanjian yang bermaksud sedemikian;

“pentadbir dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan bagi dana bersama perkhidmatan atau kemudahan pentadbiran sahaja atau bersekali dengan perkhidmatan perakaunan;

*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 23

“penubuhan”, berhubungan dengan—

(a)

syarikat, ertinya pemerbadanan;

(b)

badan berkanun, ertinya pewujudan di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;

(c)

koperasi, ertinya pendaftaran, pemerbadanan atau selainnya wujud menurut undang-undang sebagai suatu koperasi;

(d)

perkongsian, termasuk perkongsian terhad dan perkongsian liabiliti terhad, ertinya pembentukan;

(e)

pemunyaan tunggal, ertinya pendaftaran perniagaannya;

dan

(f)

apa-apa badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang menghendaki pendaftaran atau apa-apa bentuk perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum badan, persatuan atau kumpulan orang lain itu boleh memulakan aktivitinya dengan sah, ertinya pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan di bawah undang-undang bertulis itu;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuklah syarikat Labuan asing tetapi tidaklah termasuk—

(a)

suatu perbadanan tunggal;

(b)

suatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja; dan

(c)

apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;

Undang-Undang Malaysia 24

“perisytiharan” ertinya pernyataan fakta bertulis yang orang yang membuatnya menandatangan dan sesungguhnya mengisytiharkan sebagai benar di hadapan pesuruhjaya atau pegawai majistret atau notari awam;

“perkongsian” ertinya perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad;

“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan

Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707], Bahagian X

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

[Akta 705], atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;

“perkongsian terhad” ertinya suatu perkongsian terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 2010, Bahagian X Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010, atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;

“peserta”, berhubung dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai pengertian yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;

“pihak berkuasa penyeliaan negara asal” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan yang berkenaan di Malaysia atau di mana-mana negara lain yang menjalankan fungsi penyeliaan ke atas operasi mana-mana entiti berlesen;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk memohon beli atau membeli sekuriti, atau menawarkan apa-apa sekuriti untuk dipohon beli atau dibeli;

“rekod” ertinya suatu kemudahan bagi penyimpanan maklumat yang boleh didapatkan kembali atau dikeluarkan semula kemudiannya;

“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 25

“sekuriti” ertinya apa-apa pelaburan yang biasanya dikenali atau boleh diperihalkan sebagai sekuriti, dan termasuklah—

(a)

syer, debentur, dana, saham, kepentingan dalam suatu perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad atau amanah saham atau yayasan atau syarikat sel terlindung atau perbadanan;

(b)

debentur, bon atau nota daripada atau yang dikeluarkan oleh mana-mana badan (diperbadankan atau tidak diperbadankan), kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak berkuasa;

(c)

perakuan kepentingan atau penyertaan dalam, perakuan sementara atau interim bagi, resit bagi atau waran untuk memohon beli atau membeli mana-mana pelaburan yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b); dan

(d)

sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010;

“subsidiari” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat Labuan 1990;

“syarikat amanah Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di bawah seksyen 61 dan 71;

“syarikat amanah persendirian Labuan” ertinya syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang menjalankan perniagaan syarikat amanah bagi suatu amanah persendirian dan didaftarkan dengan

Lembaga di bawah Penggal 4 Bahagian V;

“syarikat asing” ertinya—

(a)

suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b)

suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;

Undang-Undang Malaysia 26

“syarikat domestik” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;

“syarikat Labuan asing” ertinya suatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII Akta Syarikat Labuan 1990;

“syarikat pemegang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;

“syarikat sel terlindung” ertinya syarikat yang diperbadankan, atau ditukar menjadi, syarikat sel terlindung mengikut peruntukan

Bahagian VIIIb Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana entiti yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;

“tahun kewangan” ertinya tempoh tidak melebihi lima puluh tiga minggu yang pada akhirnya baki akaun dana itu diseimbangkan atau, jika akaun dana itu tidak dapat diseimbangkan atau jika tempoh lima puluh tiga minggu untuk berbuat demikian itu dilampaui, tahun kalendar;

“undang-undang kecil” ertinya terma bertulis yang dengan merujuk kepadanya jawatankuasa mengawal selia tatacaranya sendiri dan termasuk apa-apa terma yang terpakai baginya sebagaimana yang terkandung dalam memorandum dan perkara-perkara persatuan sesuatu bursa yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“yayasan” ertinya suatu yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta

Yayasan Labuan 2009 [Akta 706], Bahagian XI Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 atau apa-apa entiti yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777 dan

P.U. (B) 50/2017.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 27

(2)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”

hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Walau apa pun takrif “sekuriti” di bawah Akta ini dan

“kepentingan” seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 66 Akta

Syarikat Labuan 1990, Menteri boleh, atas syor Lembaga, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai sekuriti bagi maksud Akta ini dan Akta

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.

(1)

Lembaga bertanggungjawab bagi pentadbiran wajar Akta ini, tertakluk pada arahan dan kawalan am Menteri.

(2)

Lembaga boleh memberi kuasa mana-mana anggota atau pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsinya, menjalankan mana-mana kuasanya atau menunaikan mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini.

(3)

Tertakluk pada apa-apa had, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah melaksanakan segala fungsi, menjalankan segala kuasa dan menunaikan segala kewajipan Lembaga sebagaimana yang diberi kuasa dan tiap-tiap fungsi yang dilaksanakan, kuasa yang dijalankan dan kewajipan yang ditunaikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan bagi maksud Akta ini.

(4)

Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman terhadap meterai dan tandatangan Lembaga.

(1)

Tiap-tiap entiti berlesen hendaklah memastikan bahawa pengarahnya, pegawai prinsipalnya dan pegawai amanahnya, jika berkenaan, kekal sebagai orang yang layak dan sesuai sepanjang pelantikan mereka dengan entiti berlesen itu.

Undang-Undang Malaysia 28

(2)

Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, jika berkenaan, hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah dapat dilaksanakan, memberitahu

Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu.

(3)

Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut:

(a)

integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu;

(b)

sama ada orang itu telah dihukum bankrap, sama ada di Malaysia atau di tempat lain;

(c)

sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan

(d)

apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(4)

Seseorang hendaklah berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang boleh dijangkakan dengan munasabah yang akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai.

(5)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa seseorang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya sebagai pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi entiti berlesen.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 29

(1)

Seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti di bawah Akta ini hendaklah menjalankan aktiviti itu hanya dalam, dari atau melalui Labuan kecuali bahawa sesuatu entiti berlesen boleh menjalankan apa-apa perniagaan dalam Malaysia di luar Labuan sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini membenarkan sesuatu entiti berlesen menjalankan mana-mana aktiviti terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], jika aktiviti terkawal itu dijalankan dalam

Malaysia selain Labuan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu dana bersama, seorang pengurus dana dan seorang pentadbir dana yang ditubuhkan, dilesenkan atau didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian III hendaklah disifatkan menjalankan perniagaan di Labuan walaupun perniagaan itu dijalankan keseluruhannya di luar Labuan atau di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan dan ungkapan “menjalankan perniagaan dari Labuan” termasuklah menjalankan perniagaan di luar Labuan dari suatu tempat perniagaan atau pejabat berdaftar di dalam Labuan.

s 6Perkara Syariah

Mana-mana orang—

(a)

yang bercadang untuk membuat suatu tawaran langganan atau belian, atau menawarkan pelawaan untuk memohon beli atau membeli, sekuriti dalam atau dari dalam Labuan;

atau

(b)

yang menjalankan mana-mana perniagaan yang dikawal selia di bawah Bahagian III, IV, VI, VII dan X, yang dengan nyata selaras dengan prinsip Syariah hendaklah mematuhi peruntukan yang berkaitan dengan Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dan dengan berbuat demikian, hendaklah disifatkan telah mematuhi semua undang-undang di Labuan yang berhubungan dengan perkara itu.

Undang-Undang Malaysia 30

Bahagian II

Sekuriti

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules