Skip to content

Seksyen 7

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 7 of 202

Seksyen 7

(1)

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“syarikat peminjam” ertinya sesuatu syarikat Labuan yang berada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada atau tidak liabiliti itu pada masa sekarang atau masa hadapan, untuk membayar balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima olehnya sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat di bawah seksyen 8 untuk memohon beli atau membeli debentur syarikat Labuan;

“syarikat penjamin”, berhubung dengan syarikat peminjam, ertinya sesuatu perbadanan yang telah menjamin, atau telah bersetuju untuk menjamin, pembayaran balik apa-apa wang yang diterima atau akan diterima oleh syarikat peminjam sebagai sambutan kepada suatu tawaran yang dibuat di bawah seksyen 8 untuk memohon beli atau membeli debentur syarikat peminjam itu;

“penaja”, berhubung dengan prospektus yang dikeluarkan oleh atau berkaitan dengan sesuatu syarikat Labuan, ertinya penaja syarikat itu yang menjadi pihak dalam penyediaan prospektus atau mana-mana bahagiannya yang relevan, tetapi tidaklah termasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifat profesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat; dan

“debentur bercagar” ertinya—

(a)

apa-apa debentur yang dinyatakan pada mukanya sebagai suatu debentur bercagar; dan

(b)

apa-apa debentur yang diterbitkan atas terma yang memberi pemegang debentur itu hak dan kuasa untuk mengundi dan menuntut suatu pengundian berkenaan dengan perniagaan dan pengusahaan syarikat, sama ada sebagai tambahan kepada hak anggota syarikat atau sebagai ganti hak itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 31