Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian IV · Perantara Pasaran

56. Permohonan bagi lesen

Feedback & support
(1)

Sesuatu permohonan kepada Lembaga di bawah subseksyen 55(1) untuk dilesenkan sebagai pemegang lesen sekuriti di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada

Lembaga oleh atau bagi pihak pemohon.

(2)

Permohonan bagi lesen untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti hendaklah—

(a)

dibuat mengikut apa-apa bentuk yang dinyatakan oleh

Lembaga; dan

(b)

disertai oleh—

(i)

apa-apa fi permohonan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan;

(ii)

butir-butir mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada bagi pemohon untuk penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 79

(iii)

suatu pernyataan mengenai yang berikut;

(aa)

alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya bagi penyampaian berhubungan dengan Labuan;

(bb)

nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan menerima penyampaian bagi pihaknya;

dan

(cc)

alamat tempat perniagaan pemohon di luar Labuan;

(iv)

suatu pernyataan yang membawa maksud bahawa pemohon telah mengisytiharkan pematuhan kepada

*Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan

Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613]

dan hendaklah memastikan bahawa ia akan mengemaskinikan dasar dan tatacaranya secara berkala untuk mematuhi kehendaknya; dan

(v)

apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Lembaga dengan munasabah bagi maksud menentukan permohonan itu.

Report

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules