Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktuari” ertinya seseorang yang merupakan—
seorang fellow mana-mana persatuan profesional yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau persatuan lain yang diluluskan oleh Lembaga; atau
Undang-Undang Malaysia 14
seorang yang diiktiraf oleh Lembaga sebagai seorang aktuari bagi maksud Bahagian ini, yang terdapat dalam senarai aktuari yang disenggarakan oleh Lembaga;
“amanah saham” ertinya suatu amanah yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia yang berhubungan dengan
Labuan atau undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, untuk mengadakan kemudahan bagi penyertaan orang sebagai benefisiari di bawah amanah itu dalam apa-apa keuntungan atau pendapatan yang berbangkit daripada perolehan, pegangan, pengurusan atau pelupusan mana-mana harta;
“amanah Islam Labuan” ertinya amanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 105;
“bank Islam Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan di bawah
Bahagian VI;
“bank Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Labuan di bawah Bahagian VI
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
[Akta 704];
“bank Malaysia” ertinya suatu bank berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam *Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
[Akta 372], atau suatu bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam **Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
“bank pelaburan Islam Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Labuan di bawah Bahagian VI;
“bank pelaburan Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbankan pelaburan Labuan di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010;
*CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
**CATATAN—Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 15
“berurus niaga dalam sekuriti” ertinya, sama ada sebagai prinsipal atau ejen, membuat atau menawarkan untuk membuat dengan mana-mana orang atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana orang untuk membuat atau menawarkan untuk membuat—
apa-apa perjanjian bagi, atau dengan tujuan untuk, memperoleh, melupuskan, memohon beli, atau mengunderait sekuriti; atau
apa-apa perjanjian yang maksudnya atau maksud diakuinya adalah untuk mendapatkan keuntungan bagi mana-mana pihak daripada hasil sekuriti atau dengan merujuk kepada turun naik nilai sekuriti;
“dana awam Islam” ertinya suatu dana bersama Islam selain dana persendirian Islam;
“dana bersama” atau “dana” ertinya suatu syarikat Labuan, suatu perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf, perkongsian, suatu syarikat sel terlindung, yayasan atau amanah saham yang—
mengutip atau mengumpul dana bagi maksud pelaburan bersama dengan matlamat mengagihkan risiko pelaburan;
dan
mengeluarkan kepentingan dalam dana bersama yang mengehakkan pemegang untuk menebus pelaburannya yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan menerima amaun yang dihitung dengan merujuk kepada nilai kepentingan ikut kadar dalam keseluruhan atau sebahagian aset bersih jenis entiti yang disebut terdahulu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk dana payung yang kepentingannya dalam dana bersama atau unit terbahagi kepada beberapa bilangan dana kelas atau dana kecil berbeza dan yang pesertanya berhak untuk menukar hak dalam satu bahagian kepada hak dalam bahagian yang lain;
“dana bersama Islam” atau “dana Islam” ertinya suatu dana bersama atau dana yang ditubuhkan secara nyata dengan tujuan bahawa matlamat dan operasi dana itu hendaklah mematuhi prinsip-prinsip Syariah;
Undang-Undang Malaysia 16
“dana persendirian Islam “ertinya suatu dana bersama Islam—
yang sekuritinya dipunyai atau dipegang oleh—
tidak lebih daripada lima puluh pelabur yang pelaburan kali pertama setiap pelabur itu adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing; atau
apa-apa bilangan pelabur yang pelaburan kali pertama setiap pelabur itu adalah tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing; atau
yang telah ditetapkan sebagai suatu dana persendirian
Islam di bawah peraturan-peraturan yang dibuat oleh
Menteri, dan yang ditubuhkan dengan nyata dengan tujuan agar matlamat dan operasi dana tersebut hendaklah mematuhi prinsip-prinsip
Syariah;
“ditubuhkan”, berhubung dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai erti yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“dokumen konstituen” ertinya statut, piagam, memorandum persatuan dan perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya seseorang ditubuhkan dan ruang lingkup fungsi, perniagaan, kuasa dan kewajipan orang itu dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;
“entiti berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti di bawah mana-mana Bahagian Akta ini;
“entiti patuh Syariah” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah undang-undang berkaitan yang
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 17
ditadbirkan oleh Lembaga selain Akta ini dan yang menjalankan apa-apa perniagaan atau sebahagian daripada perniagaannya yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah;
“institusi berlesen Islam Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam Labuan di bawah Bahagian VI;
“juruaudit yang diluluskan” ertinya juruaudit yang diluluskan di bawah seksyen 10 Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“lembaga penasihat Syariah dalaman” ertinya lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 130;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini;
“lesen bank Islam” ertinya lesen yang diberikan menurut permohonan di bawah seksyen 63 atau 64, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“lesen takaful” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah
Bahagian VII;
“liabiliti” termasuklah tiap-tiap jenis hutang, kewajipan dan obligasi, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau luar jangka;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“Majlis Penyeliaan Syariah” merujuk kepada badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
Undang-Undang Malaysia 18
“mata wang asing” ertinya mana-mana mata wang selain ringgit;
“menentukan”, jika tiada cara disebut, ertinya menentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan dan “ditentukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“menetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya menetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuk kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu, bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“negara atau bidang kuasa diiktiraf” ertinya negara atau bidang kuasa yang ditentukan oleh Lembaga;
“orang yang layak” ertinya seseorang yang—
bukan bankrap yang tidak dilepaskan;
tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang terbit daripada prosiding jenayah;
mempunyai reputasi dan perwatakan yang baik; dan
memiliki kelayakan dan kepakaran yang perlu dalam undang-undang komersial Islam atau jurisprudens Islam, dan termasuk suatu perbadanan yang mempunyai dalam penggajiannya sekurang-kurangnya seorang individu yang memenuhi kriteria yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d);
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 19
“orang yang mengawal”, berhubung dengan seseorang pemohon bagi suatu lesen atau entiti berlesen di bawah Akta ini, ertinya seseorang yang—
berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada satu pertiga undi yang terikat dengan syer mengundi pada pemohon atau entiti berlesen itu;
mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, majoriti pengarah pemohon atau entiti berlesen itu; atau
mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran pemohon atau entiti berlesen itu, dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan;
“organisasi kawal selia sendiri Islam” ertinya organisasi kawal selia sendiri yang ditubuhkan di bawah Bahagian XI secara nyata dengan tujuan bahawa matlamat dan operasi organisasi kawal selia sendiri itu mematuhi prinsip-prinsip Syariah, yang tujuannya adalah untuk mengawal selia operasi anggotanya atau pengguna perkhidmatannya, standard atau amalannya dan kelakuan perniagaannya supaya dapat melindungi pelabur dan pengguna sekuriti atau perkhidmatan yang berkaitan dengan lebih baik dan termasuk apa-apa organisasi lain sebagaimana yang diisytiharkan atau diiktiraf sebagai demikian oleh Lembaga;
“pakar” termasuklah mana-mana jurutera, akauntan, peguam cara, penilai, juruaudit atau mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberikan autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;
“pegawai”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—
seseorang pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan itu termasuk pegawai prinsipal;
seseorang penerima dan pengurus, yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara, mana-mana bahagian pengusahaan atau harta perbadanan itu; dan
Undang-Undang Malaysia 20
seseorang pelikuidasi perbadanan itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela, tetapi tidak termasuk—
seseorang penerima yang juga bukannya seorang pengurus;
seseorang penerima dan pengurus yang dilantik oleh
Mahkamah; dan
seseorang pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;
“pegawai amanah” ertinya seseorang pegawai syarikat amanah
Labuan yang diluluskan dan yang ditetapkan sebagai pegawai amanah oleh Lembaga;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga;
“pegawai prinsipal”, berhubung dengan suatu entiti berlesen, ertinya seseorang, tidak kira apa jua nama dipanggil, yang bertanggungjawab, tertakluk pada autoriti pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran entiti berlesen itu;
“pejabat” termasuk tempat utama perniagaan, cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh masa terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;
“pemegang lesen bank” ertinya suatu bank Labuan atau bank pelaburan Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VI Akta
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;
“pemegang lesen bank Islam” ertinya bank Islam Labuan dan bank pelaburan Islam Labuan;
“pemegang lesen bank Islam Malaysia” ertinya pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu pejabat atau subsidiari bagi bank Malaysia;
“pemegang lesen takaful” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Bahagian VII;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 21
“penasihat Syariah” ertinya seseorang yang layak yang dilantik oleh mana-mana entiti berlesen atau entiti menurut Akta ini untuk memberi nasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan prinsip-prinsip Syariah;
“pengarah”, berhubung dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai erti yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“pengurus dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan perkhidmatan pengurusan sahaja atau bersekali dengan nasihat pelaburan atau perkhidmatan pentadbiran berkenaan dengan sekuriti bagi maksud pelaburan, termasuk berurus niaga dalam sekuriti atau apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga;
“penjaga” ertinya orang yang dipertanggungkan oleh suatu dana bersama Islam bagi penjagaan harta dana itu menurut perjanjian yang bermaksud sedemikian;
“pentadbir dana” ertinya seseorang yang, bagi balasan berharga, menyediakan bagi dana bersama Islam perkhidmatan atau kemudahan pentadbiran sahaja atau bersekali dengan perkhidmatan perakaunan;
“penubuhan”, berhubung dengan—
syarikat, ertinya pemerbadanan;
badan berkanun, ertinya pewujudan di bawah undang-undang yang menubuhkan, melantik atau membentuknya;
koperasi, ertinya pendaftaran, pemerbadanan atau selainnya wujud menurut undang-undang sebagai suatu koperasi;
perkongsian, termasuk perkongsian terhad dan perkongsian liabiliti terhad, ertinya pembentukan;
pemunyaan tunggal, ertinya pendaftaran perniagaannya;
dan
apa-apa badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang menghendaki pendaftaran atau apa-apa bentuk
Undang-Undang Malaysia 22
perekodan atau pengiktirafan lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum badan, persatuan atau kumpulan orang lain itu boleh memulakan aktivitinya dengan sah, ertinya pendaftaran, perekodan atau pengiktirafan di bawah undang-undang bertulis itu;
“perbadanan” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuk mana-mana syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
suatu perbadanan tunggal;
suatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja; dan
suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu koperasi;
“perisytiharan” ertinya pernyataan fakta bertulis yang orang yang membuatnya menandatangan dan sesungguhnya mengisytiharkan sebagai benar di hadapan pesuruhjaya atau pegawai majistret atau notari awam;
“perkongsian” ertinya perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad;
“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan
Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707], Bahagian X, atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“perkongsian terhad” ertinya suatu perkongsian terhad yang dibentuk di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 2010, Bahagian X, atau di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“perkongsian terhad Islam Labuan” atau “perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan” ertinya perkongsian yang ditubuhkan di bawah seksyen 111;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 23
“peserta”, berhubung dengan orang yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama, mempunyai erti yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual Pertama yang terdapat bersetentangan dengan orang itu;
“pihak berkuasa penyeliaan negara asal” ertinya mana-mana pihak berkuasa atau badan yang berkenaan di Malaysia atau di mana-mana negara lain yang menjalankan fungsi penyeliaan yang serupa dengan fungsi Lembaga atau mana-mana orang yang menjalankan fungsi penyeliaan sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh Lembaga setelah mengambil kira representasi yang dibuat oleh orang itu mengenai keinginan atau keperluan bagi pemeriksaan;
“prinsip Syariah” termasuklah prinsip dan konsep hukum syarak yang telah diluluskan atau diterima pakai, melalui keputusan atau dengan apa-apa cara lain, oleh Majlis Penyeliaan Syariah, atau lembaga penasihat Syariah dalaman suatu bank Islam Labuan atau pengendali takaful, atau seorang penasihat Syariah bagi mana-mana entiti yang dikawal selia di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk memohon beli atau membeli sekuriti, atau menawarkan apa-apa sekuriti untuk dipohon beli atau dibeli;
“rekod” ertinya suatu kemudahan bagi penyimpanan maklumat yang boleh didapatkan kembali atau dikeluarkan semula kemudiannya;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;
“sekuriti” ertinya apa-apa pelaburan yang biasanya dikenali atau boleh diperihalkan sebagai sekuriti, dan termasuklah—
syer, dana, unit, kepentingan dalam suatu perkongsian terhad atau perkongsian liabiliti terhad atau amanah saham atau yayasan atau syarikat sel terlindung atau perbadanan;
nota bagi atau yang dikeluarkan oleh sesuatu badan
(diperbadankan atau tidak diperbadankan), kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak berkuasa awam; dan
Undang-Undang Malaysia 24
perakuan kepentingan atau penyertaan dalam, perakuan sementara atau interim bagi, resit bagi atau waran untuk memohon beli atau membeli apa-apa surat cara yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b), yang diterbitkan dengan nyata sebagai mematuhi prinsip Syariah, dan termasuklah Sukuk;
“sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian wang atau sekuriti, tetapi tidak termasuk—
sistem pembayaran yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia atau dikendalikan bagi pihak
Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 2009 [Akta 701];
pusat penjelasan yang ditakrifkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
sistem pembayaran dalaman yang dikendalikan oleh seseorang semata-mata bagi maksud pentadbirannya sendiri yang tidak memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan wang atau sekuriti bagi pihak ketiga; dan
sistem yang semata-mata memudahkan permulaan arahan pembayaran;
“subsidiari” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“Sukuk” termasuklah apa-apa perakuan, surat cara, nota dan apa-apa keterangan bagi obligasi pembayaran sesuatu perbadanan, badan (diperbadankan atau tidak diperbadankan), kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak berkuasa awam menurut apa-apa bentuk pembiayaan mengikut prinsip Syariah, sama ada atau tidak membentuk suatu gadaian ke atas aset perbadanan, badan
(diperbadankan atau tidak diperbadankan), kerajaan, kerajaan tempatan atau pihak berkuasa awam, tetapi tidak termasuk—
apa-apa surat cara yang mengakui atau mewujudkan keberhutangan bagi, atau bagi wang yang dipinjam untuk membayar balasan yang kena dibayar di bawah,
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 25
suatu kontrak jualan atau bekalan barangan, harta atau perkhidmatan atau apa-apa kontrak sewaan mengikut perjalanan biasa urusan;
sesuatu cek, draf bank atau apa-apa bil pertukaran atau surat kredit;
sesuatu nota bank, jaminan atau polisi insurans;
suatu penyata, buku simpanan atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
apa-apa perjanjian bagi pinjaman atau pembiayaan yang pemberi pinjam atau pembiaya dan peminjam atau pelanggan ialah penandatangan perjanjian itu dan jika peminjaman wang atau pembiayaan itu adalah dalam perjalanan biasa urusan pemberi pinjam atau pembiaya itu, dan apa-apa nota janji yang dikeluarkan di bawah terma perjanjian sedemikian; dan
apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga;
“syarikat amanah Labuan” ertinya seseorang yang dilesenkan untuk menjalankan syarikat amanah di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;
“syarikat asing” ertinya—
suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau
suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;
Undang-Undang Malaysia 26
“syarikat domestik” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat Labuan asing” ertinya suatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII Akta Syarikat Labuan 1990;
“syarikat sel terlindung” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan, atau ditukar menjadi suatu syarikat sel terlindung mengikut peruntukan Bahagian VIIIb Akta Syarikat Labuan 1990 atau entiti yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“tahun kewangan” ertinya tempoh tidak melebihi lima puluh tiga minggu yang pada akhirnya baki akaun dana itu diseimbangkan atau, jika akaun dana itu tidak dapat diseimbangkan atau jika tempoh lima puluh tiga minggu untuk berbuat demikian itu dilampaui, tahun kalendar;
“yayasan” ertinya suatu yayasan yang ditubuhkan di bawah
Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706], Bahagian IX atau entiti yang serupa yang lain yang ditubuhkan di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa yang diiktiraf walau apa pun apa-apa takrif statutori yang berlawanan;
“yayasan Islam Labuan” ertinya yayasan yang ditubuhkan di bawah seksyen 107.
Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”
hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Walau apa pun takrif “sekuriti” di bawah Akta ini dan
“kepentingan” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 66
Akta Syarikat Labuan 1990, Menteri boleh, atas syor Lembaga, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai sekuriti bagi maksud Akta ini dan Akta
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 27
Bagi maksud Akta ini, Sukuk tidak akan membentuk amanah saham.