Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian I · Permulaan

4. Orang yang layak dan sesuai

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap entiti berlesen hendaklah memastikan bahawa pengarahnya, pegawai prinsipalnya atau pegawai amanahnya, jika berkenaan, kekal sebagai orang yang layak dan sesuai sepanjang pelantikan mereka dengan entiti berlesen itu.

(2)

Jika seseorang pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah, jika berkenaan, tidak lagi menjadi orang yang layak dan sesuai, entiti berlesen itu dan pengarah, pegawai prinsipal atau pegawai amanah itu, hendaklah dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan memberitahu Lembaga secara bertulis mengenainya, berserta dengan butir-butir mengenai perubahan itu.

Undang-Undang Malaysia 28

(3)

Dalam menentukan sama ada seseorang ialah orang yang layak dan sesuai di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengambil kira yang berikut:

(a)

integriti, kecekapan, kebolehan berfikiran dengan bijak dan kedudukan kewangan orang itu;

(b)

sama ada orang itu telah dihukum bankrap, di Malaysia atau di tempat lain;

(c)

sama ada orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah di Malaysia atau di tempat lain dan jika penalti yang dikenakan ialah pemenjaraan selama satu tahun atau lebih, sama ada dengan sendirinya, atau sebagai tambahan kepada suatu denda; dan

(d)

apa-apa kriteria lain yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(4)

Seseorang berkewajipan untuk memberikan notis bertulis kepada Lembaga, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai apa-apa kejadian material yang semunasabahnya boleh dijangkakan akan menjejaskan statusnya sebagai seorang yang layak dan sesuai.

(5)

Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang tidak layak dan sesuai, Lembaga boleh menghilangkan kelayakan orang itu daripada bertindak atas sifatnya bagi entiti berlesen.

Report

Bahagian II

Majlis Penyeliaan Syariah

Bahagian III

Sekuriti

Bab 1

Bab 2

Bahagian IV

Dana Bersama Islam

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules