Seksyen 30
Wang hendaklah kena dibayar dengan serta-merta atas kejadian tertentu
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
Jika dalam mana-mana prospektus yang dikeluarkan berkaitan dengan suatu tawaran atau pelawaan menurut subseksyen 13(1)
supaya memohon beli atau membeli Sukuk suatu syarikat Labuan terdapat suatu pernyataan tentang apa-apa maksud atau projek tertentu yang baginya wang yang diterima oleh syarikat peminjam itu sebagai sambutan kepada tawaran atau pelawaan itu hendak digunakan, syarikat peminjam itu hendaklah dari semasa ke semasa membuat laporan kepada pemegang amanah bagi pemegang Sukuk syarikat peminjam itu tentang kemajuan yang telah dibuat ke arah mencapai maksud itu atau menyempurnakan projek itu.
(2)
Jika ternyata pada seseorang pemegang amanah bagi pemegang Sukuk yang kepadanya suatu laporan diberikan oleh
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 59
syarikat peminjam bahawa maksud atau projek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus yang dalamnya maksud atau projek itu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada masa dinyatakan, maka dalam masa yang munasabah, pemegang amanah bagi pemegang
Sukuk itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemegang Sukuk itu, pemegang amanah bagi pemegang Sukuk itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada syarikat peminjam itu menghendakinya membayar wang yang telah diterima itu sedemikian oleh syarikat peminjam itu dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Lembaga.
(3)
Pemegang amanah bagi pemegang Sukuk tidak boleh memberikan notis menurut subseksyen (2) jika ia berpuas hati bahawa—
(a)
maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disempurnakan;
(b)
kepentingan pemegang Sukuk itu telah tidak termudarat secara material oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu atau dalam masa yang munasabah;
atau
(c)
kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selain kekurangan wang, yang di luar kawalan syarikat peminjam itu yang semunasabahnya tidak dapat diramalkan oleh syarikat peminjam itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.