Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

31. Penahanan terbitan Sukuk terpohon beli berlebihan

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat peminjam tidak boleh menerima atau menahan permohonan beli untuk terbitan Sukuk melebihi amaun terbitan itu sebagaimana yang dizahirkan dalam prospektus melainkan jika syarikat peminjam itu menyatakan dalam prospektus itu—

(a)

bahawa syarikat itu secara nyata mempunyai hak untuk menerima atau menahan terpohon beli berlebihan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 60

(b)

suatu had ke atas amaun terpohon beli berlebihan yang boleh diterima atau ditahan.

(2)

Tertakluk pada mana-mana peraturan, jika sesuatu syarikat peminjam menyatakan dalam suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu terbitan Sukuk bahawa ia mempunyai hak untuk menerima atau menahan terpohon beli berlebihan—

(a)

syarikat peminjam itu tidak boleh membuat, membenarkan atau mengizinkan apa-apa pernyataan atau rujukan tentang sandaran aset bagi terbitan itu dibuat atau dikandungkan dalam mana-mana prospektus yang berhubungan dengan terbitan itu, selain suatu pernyataan atau rujukan kepada jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu dan syarikat penjaminnya, jika ada; dan

(b)

prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan atau rujukan tentang jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu jika terpohon beli berlebihan pada had yang ditentukan dalam prospektus itu diterima atau ditahan.

(3)

Mana-mana syarikat peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Report

Bahagian IV

Dana Bersama Islam

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian V

Pelesenan Perantara Pasaran

Bahagian VI

Perbankan Islam Labuan

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules