Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bab 3
38. Kuasa untuk membenarkan atau enggan membenarkan pendaftaran dana awam Islam
Feedback & supportLembaga boleh membenarkan atau enggan membenarkan—
pendaftaran sesuatu dana awam Islam; atau
penerimaan bersyarat sesuatu dana awam Islam yang dicadangkan.
Sesuatu kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan oleh
Lembaga.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 65
Sesuatu penerimaan bersyarat yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah sah dan berkuat kuasa bagi tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh ia diberikan.
Suatu penerimaan bersyarat boleh diperbaharui bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dan disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
Walaupun penerimaan bersyarat di bawah perenggan (1)(b)
dibenarkan kepada sesuatu dana awam Islam yang dicadangkan,
Lembaga boleh membenarkan pendaftaran dana awam Islam yang dicadangkan itu sebagai suatu dana awam Islam di bawah perenggan (1)(a).