Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bab 3
44. Dana awam Islam asing boleh diuruskan atau ditadbirkan di Labuan
Feedback & supportSesuatu dana awam Islam yang didaftarkan dengan sah di bawah undang-undang mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf lain tidak perlu didaftarkan sebagai dana awam Islam di bawah seksyen 38 asalkan dana awam Islam itu ditadbirkan atau diuruskan di Labuan oleh seorang pentadbir dana, penjaga, pemegang amanah atau pengurus dana, yang dilesenkan, didaftarkan atau berkelayakan di bawah Bahagian ini.