Seksyen 5
Peruntukan tentang memorial pada dokumen hakmilik
of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Pendaftar hendaklah membuka Daftar Hakmilik Anak Negeri dan mendaftarkan semua hakmilik anak negeri yang sedia ada dalam Daftar Hakmilik Anak
Negeri.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 667
(2)
Apabila hakmilik anak negeri yang sedia ada didaftarkan dalam Daftar Hakmilik Anak Negeri, Pendaftar hendaklah membuat memorial yang serupa bagi hakmilik anak negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Pertama pada tiap-tiap dokumen hakmilik daftaran yang disenaraikan dalam Daftar
Hakmilik Anak Negeri.
(3)
Apabila apa-apa memorial telah dibuat pada apa-apa dokumen hakmilik daftaran bagi mana-mana tanah di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah melalui notis dalam Borang 3
Jadual Pertama menghendaki tuan punya tanah itu atau mana-mana orang lain yang memiliki dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu supaya menyerahkan dokumen hakmilik keluaran itu dan apabila diserahkan sedemikian hendaklah membuat memorial yang serupa pada dokumen hakmilik keluaran itu sebagaimana yang dibuat pada dokumen hakmilik daftaran bagi tanah itu.