Skip to content

Seksyen 8

Permohonan bagi pembatalan pegangan anak negeri

of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

ActIn forceProvision 8 of 27
Seksyen 8
(1)

Tuan punya mana-mana pegangan anak negeri boleh memohon kepada Pendaftar dalam Borang 5 Jadual Pertama supaya tanahnya dibatalkan daripada menjadi pegangan anak negeri.

(2)

Apabila menerima permohonan itu, Pendaftar hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa Kerja Tanah untuk keputusan.

(3)

Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon itu mengenai keputusan Jawatankuasa Kerja Tanah melalui notis dalam Borang 6

Jadual Pertama.

(4)

Dalam hal jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah mengkensel—

(a)

memorial pada pegangan anak negeri daripada dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran itu;

dan

(b)

pendaftaran tanah itu sebagai pegangan anak negeri dalam

Daftar Hakmilik Anak Negeri.