Seksyen 6
Pemberian hakmilik tanah sebagai pegangan anak negeri
of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007
ActIn forceProvision 6 of 27
Seksyen 6
(1)
Jawatankuasa Kerja Tanah boleh, jika difikirkannya patut, memutuskan bahawa mana-mana tanah yang diluluskan bagi pemberian hakmilik hendaklah didaftarkan sebagai pegangan anak negeri.
(2)
Apabila pegangan anak negeri itu didaftarkan dalam Daftar
Hakmilik Anak Negeri, Pendaftar hendaklah membuat memorial yang serupa bagi pegangan anak negeri sebagaimana dalam subseksyen 5(2) pada dokumen hakmilik daftaran dan dokumen hakmilik keluaran.