Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pengharaman Samsu Gelap
5. Milikan samsu gelap
Feedback & supportTiada seorang pun boleh mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya samsu gelap melainkan di bawah kebenaran mana-mana undang-undang bertulis.
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum—
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun; dan
sebat tidak kurang daripada dua kali.
Jika samsu gelap, jika ada, yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini mengandungi apa-apa bahan berbahaya, pesalah hendaklah dihukum—
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan tidak kurang daripada tujuh tahun; dan
sebat tidak kurang daripada enam kali.
†CATATAN—Dahulunya “denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit dan penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun”–lihat Akta
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 [Akta A711].
10
Undang-Undang Malaysia