Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Pengharaman Samsu Gelap

6. Menyedia, mengguna atau membenar premis digunakan untuk mengilang samsu gelap

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang sebagai pemunya atau penduduk sesuatu premis menyedia, mengguna atau membenar premis itu digunakan untuk mengilang samsu gelap melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum—

(a)

*penjara selama suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang daripada empat tahun; dan

(b)

†sebat tidak kurang daripada dua kali.

(2)

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini beban untuk membuktikan bahawa pemunya atau penduduk premis itu tidak mengetahui bahawa premis itu disedia, diguna atau dibenar untuk digunakan bagi mengilang samsu gelap terletak pada orang yang hendak membela dirinya itu.

Report

Bahagian III

Kuasa Menggeledah, Menyita dan Menangkap

Bahagian IV

Peruntukan Mengenai Keterangan dan Perbicaraan

Bahagian V

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian VI

Peruntukan Am