Law Reform (Eradication of Illicit Samsu) Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pengharaman Samsu Gelap
8. Pemunya, ketua atau orang yang menjaga kapal atau kapal udara disifatkan sebagai memperdagangkan samsu gelap
Feedback & supportJika apa-apa samsu gelap dijumpai di dalam mana-mana kapal atau kapal udara, pemunya, ketua atau orang yang menjaga kapal atau kapal udara itu hendaklah disifatkan sebagai memperdagangkan samsu itu berlawanan dengan seksyen 4 melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak terlibat dalam perdagangan itu dan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui dan dibiar olehnya.
*CATATAN—Dahulunya “penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan tidak kurang daripada dua tahun”–lihat Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap)
(Pindaan) 1988 [Akta A711].
†CATATAN—Dahulunya “denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit”–lihat Akta Membaharui
Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) (Pindaan) 1988 [Akta A711].
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
Terjumpanya apa-apa samsu gelap di dalam sesuatu kapal atau kapal udara menjadi keterangan prima facie bahawa kapal atau kapal udara itu telah digunakan bagi memperdagang samsu gelap itu berlawanan dengan Akta ini dan kapal atau kapal udara itu boleh ditahan dengan perintah mahkamah sehingga jaminan yang mencukupi diberi bagi melepaskannya.