Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bahagian III · Khidmat Bantuan Guaman
15. Khidmat bantuan guaman
Feedback & support(1)
Khidmat bantuan guaman yang disediakan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
nasihat guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Bab 2;
(b)
bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 3;
(c)
khidmat pendamping guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 4; dan
(d)
khidmat pengantaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 5.
(2)
Khidmat bantuan guaman yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh disediakan kepada warganegara Malaysia sahaja kecuali dalam hal keadaan khas yang dibenarkan oleh Menteri demi kepentingan keadilan.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 21
Nasihat guaman