Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bab 2
7. Panel peguam bagi bantuan guaman
Feedback & supportKetua Pengarah hendaklah menyediakan dan menyenggarakan panel peguam bagi bantuan guaman yang hendaklah—
menyiasat apa-apa permohonan bagi bantuan guaman dan membuat laporan yang berhubungan dengan siasatan itu;
Undang-Undang Malaysia 16
memberikan pendapat mengenai permohonan bagi bantuan guaman itu;
bertindak bagi pihak orang yang dibantu; dan
memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini.
Ketua Pengarah boleh menyediakan panel peguam yang berasingan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.
Mana-mana peguam boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, memohon kepada Ketua
Pengarah untuk namanya didaftarkan dalam mana-mana panel peguam bagi bantuan guaman.
Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk mewakili orang yang dibantu boleh hadir dan berhujah dalam semua mahkamah bagi pihak Ketua Pengarah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mahkamah sivil atau syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.