Skip to content

Seksyen 14

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 14 of 83

Seksyen 14

(1)

Ketua Pengarah hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu akaun amanah mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957

[Akta 61] bagi maksud pemungutan, atau pembayaran, apa-apa fi, sumbangan, kos, caj dan apa-apa bayaran lain berhubung dengan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam di bawah Akta ini.

(2)

Semua wang dalam akaun amanah hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam.