Skip to content

Seksyen 52

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 52 of 83

Seksyen 52

(1)

Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, peguam yang ditugaskan atau pegawai pembela awam boleh memberikan khidmat pembelaan awam berhubung dengan apa-apa prosiding jenayah yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), apabila Menteri berpuas hati bahawa dalam apa-apa kesusahan yang tertentu demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian, Menteri boleh membenarkan

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam untuk menyediakan khidmat pembelaan awam selain apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.