Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding
17. Penalti am
Feedback & supportSeseorang selain sesuatu pertubuhan perbadanan, tetapi termasuk seseorang pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi, mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang penalti baginya tidak diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi, Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah atau pegawai bagi pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding itu dengan pertubuhan perbadanan itu dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang munasabah untuk mengelakkan kesalahan itu daripada dilakukan.
Seseorang yang kalau boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah pengawasan yang munasabah untuk mengelakkan perkara itu daripada dilakukan atau ditinggalkan.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 23