Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding

18. Beban membuktikan

Feedback & support
(1)

Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atas suatu pertuduhan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang melainkan jika orang yang melakukan perbuatan itu berhak melakukan yang sedemikian oleh sebab dia ialah pemegang sesuatu lesen, permit atau kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis yang mengehakkannya melakukan perbuatan itu, adalah memadai bagi pihak pendakwa mengatakan dan membuktikan bahawa orang itu telah melakukan perbuatan itu dan beban hendaklah kemudiannya terletak pada orang yang dituduh itu bagi membuktikan bahawa dia telah berhak melakukan perbuatan itu.

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang yang menjalankan pendakwaan itu sesuatu invois asal atau sesuatu invois pendua yang telah dibuktikan sebagai telah dijumpai dalam milikan penjual hendaklah, jika orang yang menjalankan pendakwaan itu meminta sedemikian, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai sesuatu penjualan oleh penjual itu dan mengenai semua fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan yang pada masa ini berkuat kuasa, beban bagi membuktikan bahawa penjualan itu telah tidak berlaku atau bahawa sesuatu fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakan itu hendaklah terletak pada orang yang dituduh itu.

Report