Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian III · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
11. Memberi kuasa kepada pegawai untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini
Feedback & supportMenteri boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Lembaga untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini.
Pada menjalankan mana-mana daripada kuasa di bawah
Bahagian ini pegawai itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya tindakan diambil olehnya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh
Menteri.
Penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin 11a. (1) Walau apa pun seksyen 11, penguatkuasaan berhubung dengan ikan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah Akta itu.
Bagi maksud subseksyen (1), “pintu masuk”, “stesen kuarantin” dan “premis kuarantin” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.