Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding
19. Kuasa Mahkamah untuk merampas
Feedback & supportJika seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya dirampas—
kesemua atau sebahagian daripada hasil penjualan apa-apa ikan yang telah dijual di bawah seksyen 15, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dan yang telah disita oleh, atau dengan cara lain telah sampai ke dalam milikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis;
24
Undang-Undang Malaysia
mana-mana kereta, vesel atau barang lain harta kepunyaan orang yang dituduh itu yang digunakan olehnya untuk melakukan kesalahan itu atau yang telah dicadangkan hendak digunakan bagi melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.