Act of Parliament · Updated to 1 Feb 2013 · 5 parts
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971
Feedback & supportSetting up a fisheries development bodyBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia 1971.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri atau bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
6
Undang-Undang Malaysia
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli” ertinya mana-mana ahli Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia termasuk Pengerusi, Pengerusi sementara dan mana-mana ahli sementara yang dilantik di bawah subseksyen 3(5);
“ikan” termasuklah apa-apa jenis ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar, kerang-kerangan, siput air, bunga karang, trepang dan hidup-hidupan dalam air yang lain dan penghasilan daripadanya, tetapi tidak termasuk penyu atau telur penyu;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 3(3);
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perikanan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 11;
“pemasaran” ertinya penjualan, pembelian, pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, pemprosesan, pemeringkatan, pembungkusan, pengiklanan dan penggalakan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia;
“Pengerusi sementara” ertinya seseorang Pengerusi sementara
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 3(5);
“Persatuan Nelayan” ertinya mana-mana Persatuan Nelayan yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44].
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 7
Bahagian II
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Bahagian III
Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
Bahagian IV