Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian V

23. Kaedah-kaedah

Feedback & support

Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah secara amnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini, dan khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan perkara yang disebut terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh—

(a)

mengadakan peraturan mengenai pengawalan dan pengurusan apa-apa bantuan (sama ada kewangan atau selainnya)

yang boleh diberikan kepada perusahaan menangkap ikan;

(b)

menetapkan apa-apa fi atau bayaran yang perlu bagi maksud Akta ini;

(c)

dengan kelulusan Menteri Kewangan membuat peruntukan untuk menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang simpanan caruman bagi pegawai dan pekhidmat

Lembaga, atau untuk membayar pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat yang tersebut itu apabila bersara atau dengan cara lain berhenti memegang jawatan sebagai pegawai dan pekhidmat itu;

(d)

menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini; dan

(e)

menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang bersalahan dengan peruntukan mana-mana kaedah itu hendaklah menjadi suatu kesalahan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib 23a. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.

26

Undang-Undang Malaysia

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib selesai.

(3)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa

Tatatertib kecuali dalam hal-hal yang berikut:

(a)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(b)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan

Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini; atau

(c)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau pelindungan wanita dan gadis.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 27

(5)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa

Tatatertib.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” termasuklah Ketua

Pengarah.

Penamatan demi kepentingan awam 23b. (1) Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam,

Lembaga boleh meminta laporan penuh daripada pegawai atasan pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah mengandungi butir-butir berhubung dengan kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu.

(2)

Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Adalah sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa

Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan

28

Undang-Undang Malaysia

pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan.

Report