Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian V

26. Pelindungan terhadap prosiding undang-undang

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri seseorang ahli Lembaga atau terhadap diri pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide dalam menurut atau melaksanakan atau pelaksanaan yang dicadangkan bagi Akta ini.

(2)

Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata-mata kerana peruntukan seksyen ini, Lembaga adalah bertanggungan setakat yang ia akan bertanggungan jika orang itu ialah seorang pekhidmat atau ejen Lembaga.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 29

Report

Schedules