Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V
24. Kerahsiaan dan penalti
Feedback & support(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu perniagaan yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.