Lembaga Kemajuan Johor Tenggara Act 1972 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian III · Bahagian, Pegawai dan Pekhidmat
13. Pengurus Besar
Feedback & supportMenteri hendaklah melantik seorang Pengurus Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
pentadbiran dan pengurusan Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 14
perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan
pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga.
Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan kepada
Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.