Seksyen 14
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan wajar oleh Lembaga mana-mana orang sebagai Pegawai Eksekutif dan beberapa orang pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
(2)
Tiada seorang pun layak diambil berkhidmat sebagai seorang
Pegawai Eksekutif atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
(3)
Mana-mana Pegawai Eksekutif atau pegawai atau pekhidmat
Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 15
Bahagian boleh ditubuhkan