Seksyen 15
of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972
Seksyen 15
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa Bahagian yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan jagaan seorang Pegawai Eksekutif.
(2)
Pegawai Eksekutif bagi sesuatu Bahagian yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan
Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan
Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh
Lembaga.