Skip to content

Seksyen 24

Kuasa untuk meminjam

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 24 of 33
Seksyen 24
(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasi atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 75

(b)

penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.