Skip to content

Seksyen 28

Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 28 of 33
Seksyen 28
(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 21

melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menunaikan kewajipannya atau pada melaksanakan fungsinya.

(2)

Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa 28a. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat untuk membantu

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).