Skip to content

Seksyen 29

Pengambilan tanah secara paksa

of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972

ActIn forceProvision 29 of 33
Seksyen 29
(1)

Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diambil oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga; dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang mungkin dikenakan atas harta itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 75