/akn/my/act/act/1997/569

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1997
Sections
10
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 569 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972, untuk membubarkan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk memindahmilikkan semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. [ MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain —

Open as pageSuggest a correction

"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Akta 68. Kemajuan Pahang Tenggara 1972;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;

"Pesuruhjaya Tanah Persekutuan"ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957;

“tarikh ditetapkan”ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

Perpindahan harta.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta dan aset selain daripada tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletakhak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletakhak pada Kerajaan.

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada, dan terletakhak pada Kerajaan.

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Segala suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang berpindah di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Seksyen 8

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada civil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebelum sahaja tarikh ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi pelindungan Lembaga dan berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuatkuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan-ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, "ubahsuaian" termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 569 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 still in force?
Yes — AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 is currently in force.
When did AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 take effect?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 have?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 contains 10 sections.
Where can I read the official version of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997?
The official text of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997 is published at lom.agc.gov.my.