Skip to content

Seksyen 5

of Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran) 1997

ActIn forceProvision 5 of 10

Seksyen 5

(1)

Semua tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletakhak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletakhak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud-maksud Kerajaan.

(2)

Semua harta dan aset selain daripada tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletakhak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletakhak pada Kerajaan.