Seksyen 8
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
of Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran) 1997
Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau manamana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2)
Mana-mana prosiding (sama ada civil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebelum sahaja tarikh ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
(3)
Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.