Malaysia legislation

Section 9

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997

Seksyen 9

Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi pelindungan Lembaga dan berkuatkuasa sebelum sahaja tarikh ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuatkuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan-ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.