Skip to content

Seksyen 10

of Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran) 1997

ActIn forceProvision 10 of 10

Seksyen 10

(1)

Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau menghalang kesukaran atau anomali itu:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.

(2)

Dalam seksyen ini, "ubahsuaian" termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.