Skip to content

Seksyen 25

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 25 of 34

Seksyen 25

(1)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menjalankan mana-mana kewajipannya.

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau stok debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau stok dari apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, difikir-kannya bermanfaat bagi semua atau mana-mana mak-sud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

(b)

menunaikan fungsi-fungsi dan kewajipan kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

menunaikan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

menebus apa-apa syer atau stok yang ia di kehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh diper-tanggungkan dengan sewajarnya kepada akaun modal.