Skip to content

Seksyen 30

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 30 of 34

Seksyen 30

(1)

Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperolehi oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperolehi mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam yang sedang berkuatkuasa dalam Negeri itu, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walau pun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan itu hendaklah berkuatkuasa seolah-olah ia adalah suatu akuan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana mana harta tak alih yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperolehi di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang mungkin dikenakan atas harta itu.