Seksyen 29
of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983
ActIn forceProvision 29 of 34
Seksyen 29
(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksana dan untuk menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau enterprais yang telah dirancang atau dijalankan oleh Lembaga pada melak-sanakan kewajipan-kewajipannya atau pada menjalankan fungsi-fungsinya.
(2)
Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).