Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Levi

34B. Kewajipan kontraktor

(1)

Seseorang kontraktor yang mengusahakan apa-apa kerja pembinaan hendaklah—

(a)

memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk apa-apa dokumen sokongan yang berhubungan dengan kerja pembinaan itu, sama ada baru atau sebaliknya, mengikut Akta ini;

(b)

memastikan kerja pembinaan dijalankan mengikut peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan, terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan

(c)

memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(2)

Bagi maksud seksyen ini,

“memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan” ertinya memastikan bahawa mana-mana bangunan atau kerja pembinaan yang sedang dijalankan atau telah dijalankan dengan apa-apa cara yang—

(a)

tidak menyebabkan, atau mengancam untuk menyebabkan risiko kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta; atau

(b)

tidak menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan keruntuhan keseluruhan atau sebahagian—

(i)

bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan; atau

(ii)

apa-apa bangunan, jalan atau pembentukan semula jadi lain yang bertentangan, selari, bersebelahan atau rapat dengan mana-mana bahagian bangunan atau kerja pembinaan itu.

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules