Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VIII · Levi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian VIII · Levi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang mempunyai hak dan kuasa untuk menguruskan atau mengawal mana-mana tapak pembinaan hendaklah mempunyai kewajipan untuk memastikan, setakat yang munasabah dapat dilaksanakan, bahawa tapak pembinaan dan cara-cara memasuki dan keluar dari tapak pembinaan itu adalah selamat dan tidak berbahaya kepada kesihatan.
Kewajipan di bawah subsekyen
hanya terpakai berhubungan dengan perkara yang orang itu mempunyai hak dan kuasa untuk menguruskan atau mengawal.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IX