Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian II · Lembaga
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian II · Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX