Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

9. Kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa

(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Lembaga Pembangunan Industri 21

Pembinaan Malaysia

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Lembaga.

(4)

Mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (3).

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya atas apa-apa perkara yang dibincangkan dengan syarat bahawa orang yang dijemput sedemikian itu tidak berhak mengundi di mana-mana mesyuarat itu.

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini dan mana-mana orang yang dijemput di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.

Report

Bahagian III

Pengerusi, Pegawai, Pekhidmat

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Pendaftaran dan Akreditasi Kontraktor

Bahagian VII

Pendaftaran, Akreditasi, Pemerakuan dan Latihan Personel Binaan

Bahagian VIII

Levi

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules