Lembaga Pembangunan Langkawi Act 1990 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Lembaga
25. Kuasa untuk mengguna khidmat
Feedback & supportLembaga boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.